Malaysia | 28 Nov 2016
Driver-partner #PROTips 2: Beri sambutan yang mesra!
Ditulis oleh(Click here for the English version)
Minggu ini, kami membawa beberapa lagi #PROTips supaya anda boleh berinteraksi bersama penumpang anda dengan baik!
- Beri senyuman yang manis
Apabila penumpang menaiki kereta anda, jangan lupa memberikan senyuman yang manis kepada mereka. Anda haruslah sentiasa mengalu-alukan penumpang anda.
- Berbual-bual bersama penumpang anda
Ketika penumpang berada di dalam kereta, anda haruslah memberi layanan yang mesra dan berbual-bual bersama mereka. Jika penumpang anda memberikan jawapan yang pendek, berilah mereka ruang untuk ketenangan perjalanan mereka.
- Sentiasa peka terhadap keperluan penumpang anda
Setiap penumpang berhak mendapat layanan yang cemerlang. Jika penumpang anda sejuk, tinggikan suhu penghawa dingin. Tukarlah saluran radio mengikut pilihan penumpang anda. Penumpang anda akan lebih menghargai setiap usaha anda untuk memastikan mereka selesa sepanjang perjalanan.
- Sambut penumpang anda dengan mesra
Ingatlah bahawa semua penumpang adalah berbeza. Anda akan bertemu dengan penumpang dengan pelbagai personaliti menarik, pastikan anda bersikap neutral apabila berinteraksi bersama mereka.
- Bergembira bersama penumpang anda
Berinteraksilah bersama penumpang anda seperti mana anda berinteraksi bersama rakan-rakan anda. Buatlah mereka berasa senang dan gembira terutamanya selepas hari bekerja yang panjang.
- Pastikan anda bertenang sewaktu memandu
Jika anda mengalami sebarang masalah semasa perjalanan, bawa bertenang dan pastikan anda lengkapkan perjalanan dan laporkan pengalaman tersebut kepada kami. Kami akan selesaikan situasi itu secepat mungkin.
Nantikan #PROTips mingguan yang akan datang supaya anda boleh memberikan penumpang anda pengalaman Uber yang terbaik! Klik di sini untuk edisi #PROTips minggu lepas.