Pada suatu petang bersalji di Paris pada tahun 2008, Travis Kalanick dan Garrett Camp menghadapi kesukaran untuk memanggil teksi. Mereka lantas mencetuskan satu idea mudah, iaitu ‘tekan butang, dapatkan perjalanan’. Sesuatu yang bermula sebagai satu aplikasi untuk mendapatkan kereta hitam premium di beberapa kawasan metropolitan kini sedang mengubah landskap logistik bandar-bandar di seluruh dunia. Sama ada perkhidmatan itu satu perjalanan, sandwic, atau satu pakej, Uber telah memberi orang ramai kuasa untuk memilih melalui teknologi.

Bayangkan, semua itu bermula hanya dengan satu idea.

Bagaimanakah dengan anda? Adakah anda mempunyai idea untuk suatu perniagaan permulaan (startup), tetapi anda tidak pasti akan apa yang perlu dilakukan seterusnya?

Dengan gabungan tenaga kepakaran MaGIC dalam membina dan membentuk usahawan, pengalaman sebenar dunia Uber dan kekuatan Digi Incub8 dalam strategi perniagaan permulaan, kami telah melancarkan 2 minggu makmal penjaan idea di MaGIC Kampus Cyberjaya, Malaysia untuk membantu anda memindahkan idea-idea anda ke dalam kehidupan sebenar. Bukan itu sahaja, lima pemenang akan mendapat peluang untuk mengunjungi Ibu Pejabat (HQ) kami di San Fransisco dan peluang untuk menawarkan idea perniagaan permulaan anda kepada pemimpin korporat.

Sudahkah anda bersedia untuk mengubah dunia dengan idea anda?

Mohon sekarang di: http://global.mymagic.my/ideas