Malaysia | 26 Dis 2016
Driver-partner #PROtips 5: Menuju kearah 6 bintang!
Ditulis oleh(Click here for the English version)
Azam untuk tahun 2017: Mendapatkan penilaian 6 bintang.
Anda telah mengikut siri #PROtips kami dan anda sedang menghampiri penilaian 5 bintang! Untuk memulakan tahun baru, ikutilah tips berikut untuk menambah satu lagi bintang pada penilaian anda:
- Ukuri tahap mood penumpang anda.
Cuba mengambil tahu mood penumpang anda. Jika mereka tidak mahu berbual semasa perjalanan, elakkan daripada memaksa mereka untuk berbual. Ia adalah penting untuk peka dengan mood penumpang anda apabila anda bertemu dengan mereka. - Sediakan kemudahan 6 bintang.
Lengkapi kereta anda dengan pengecas telefon bimbit untuk kegunaan penumpang anda. Antara kelengkapan yang lain yang anda boleh sediakan adalah majalah-majalah, air mineral, gula-gula dan juga kabel AUX. Semua ini boleh meningkatkan pengalaman mereka dengan anda. - Ingati penumpang anda tentang barangan mereka.
Setiap kali penumpang anda meninggalkan kereta anda, periksa tempat duduk belakang dan ingati mereka jika mereka telah meninggalkan apa-apa barangan mereka. - Tunjukkan pengetahuan bandaraya anda!
Jika penumpang anda adalah daripada luar negara, beritahu mereka tentang tempat-tempat menarik untuk mereka lawati sepanjang masa mereka di bandar anda. Mereka akan menghargai pengetahuan luas anda dan ia akan membuat perjalanan mereka lebih menarik.
Dengan #PROtips ini, kami berharap anda akan mencapat penilaian 6 bintang dengan memberi penumpang anda satu pengalaman Uber yang menyeluruh. Mahu membaca #PROtips minggu lepas? Klik pautan ini.