Malaysia | 19 Dis 2016
Driver-partner #PROTips 4: Yang berikut adalah keperluan memandu anda.
Ditulis oleh(Click here for the English version)
Sebelum memulakan perjalanan anda, anda haruslah memastikan bahawa keperluan memandu anda telah disediakan. Berikut adalah tips untuk melancarkan setiap perjalanan anda:
- Pastikan anda berasa segar sepanjang hari
Mulakan hari anda dengan sarapan yang mengenyangkan dan pastikan anda minum air yang secukupnya untuk kekal segar sepanjang hari. Anda disarankan mengambil masa rehat selama 10 minit diantara perjalanan. - Elakkan daripada meminum alkohol
Anda tidak digalakkan meminum alkohol sebelum dan semasa melakukan perjalanan. Satu tin bir tidak akan membuat anda mabuk, tetapi ia akan membuat anda mengantuk. Di samping itu, pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi sebelum melakukan perjalanan. - Aktifkan WiFi sepanjang perjalanan
Tahukah anda bahawa mengaktifkan tetapan WiFi di telefon pintar anda boleh meningkatkan ketepatan GPS walaupun tidak disambung ke rangkaian WiFi? Ia membolehkan telefon pintar anda mendapat isyarat daripada lokasi akses WiFi yang meningkatkan ketepatan lokasi anda. - Jimatkan penggunaan petrol
Apabila di jalan raya, pastikan anda jimatkan penggunaan petrol dengan mengeluarkan muatan berat yang tidak diperlukan di dalam kereta anda. Anda boleh juga memandu dengan perlahan (tetapi tidak terlalu perlahan!). Memandu pada 80 km/h akan menjimatkan kos petrol daripada memandu pada 110 km/h. - Isyarat anda untuk mengisi minyak
Jangan menunggu sehingga meter petrol anda berada di ‘E’ untuk mengisi minyak terutama sekali apabila anda di jalan yang tidak dikenali. Apabila meter menunjukkan bahawa anda mempunyai suku tangki petrol, gunakan ini sebagai isyarat untuk anda mula mencari stesen gas untuk mengisi minyak.
Anda sendang menghampiri tahap penilaian 5 bintang! Nantikan #PROTips terakhir kami yang akan dikongsikan pada minggu hadapan. Mahu membaca #PROTips minggu lepas? Klik pautan ini.