Dalam minggu-minggu yang lepas, pelbagai perbincangan mengenai impak potongan harga ke atas komuniti pemandu di Malaysia telah diadakan. Rakan-pemandu adalah amat penting bagi Uber dan kami ingin mengambil peluang ini untuk membetulkan fakta-fakta.

Di mana-mana bandar yang kami memperkenalkan potongan harga, ianya adalah satu eksperimen berasaskan data. Sebagai amalan biasa, di Malaysia dan di seluruh dunia, kami memaklumkan potongan harga yang dirancang terlebih awal kepada rakan pemandu, dan kami cuba mendapatkan maklumbalas secara aktif sepanjang tempoh eksperimen ini, di samping memantau data daripada para penumpang dan pemandu dengan tekun.

Uber mempunyai pengalaman hampir enam tahun dengan eksperimen berkaitan penetapan harga dan kami telah melihat impak positif potongan harga di bandar-bandar di seluruh dunia. Eksperimen ini memberikan lebih ramai penumpang akses kepada Uber pada harga yang lebih rendah, serta membantu lebih ramai rakan pemandu untuk menjana pendapatan yang stabil.

2016_05_06_1744 - Uber Gross Rev Chart-04

Pada 18 Januari, kami mengurangkan tambang untuk uberX di KL dan P. Pinang (sila rujuk kepada imej di bawah untuk pecahan tambang). Harga yang lebih rendah akan menjana permintaan yang lebih tinggi untuk perkhidmatan Uber secara konsisten. Secara asasnya, harga yang lebih rendah = lebih banyak perjalanan = kurang masa menunggu dan pendapatan yang lebih stabil buat rakan pemandu.

2016_05_06 - Uber Fare Cut_BM-01

Peningkatan bilangan penumpang bermakna kurang masa henti pemandu; peningkatan dalam bilangan rakan pemandu juga meningkat – ini bermakna pengambilan penumpang akan menjadi lebih cepat, harga rendah dan kebolehpercayaan yang lebih tinggi untuk para penumpang. Semua pihak akan menang. Berdasarkan potongan harga baru-baru ini, kami telah menyaksikan peningkatan yang penting dalam pertumbuhan penumpang, dan kami menghargai semua pihak dalam ekosistem perkongsian perjalanan – rakan pemandu dan penumpang – dan sentiasa berhubung dengan komuniti ini.