Click here for the English version
Kami telah melaksanakan perubahan kepada dasar bayaran pembersihan kami berdasarkan maklum balas anda. Mulai 5 Mac 2018, kami memberikan anda dua pilihan apabila penumpang meninggalkan kekotoran dalam kenderaan anda:
- Token pembersihan kendiri bernilai RM20 (resit tidak diperlukan), ATAU
- Pembayaran balik untuk bayaran pembersihan (berdasarkan resit dari bengkel)
Pilihan 1: Token pembersihan kendiri (Self-cleaning token)
Bagaimana token berfungsi
Kami faham bahawa kadang kala kekotoran perlu dibersihkan dengan segera. Dengan token pembersihan kendiri, anda boleh membersihkan kenderaan anda sendiri dan anda tidak perlu pergi ke bengkel untuk mendapatkan resit. Anda hanya perlu mengikuti tiga langkah-langkah yang berikut:
- Muat naik dua gambar jelas memaparkan kekotoran yang berlaku dan selepas pembersihan dilakukan
- Bukti gambar hendaklah diserahkan dalam tempoh 3 hari bekerja daripada berlakunya kejadian
- Anda akan menerima token tunai bernilai RM20 yang akan dibayar melalui pembayaran mingguan anda yang biasa
Pilihan 2: Pembayaran balik untuk bayaran pembersihan
Jika penumpang meninggalkan kekotoran di dalam kenderaan anda sehingga memerlukan pembersihan atau pembaikan yang besar oleh khidmat pembersihan profesional, sila maklumkan kami perkara tersebut secepat mungkin. Kami akan melakukan yang terbaik untuk menyokong anda. Dalam kes-kes tertentu, kami boleh membayar untuk kos pembersihan dan pembaikan. Kos pembayaran balik adalah berdasarkan resit yang anda berikan.
Untuk melayakkan diri anda untuk pembayaran balik, sila sediakan gambar yang jelas memaparkan kekotoran dalam tempoh 3 hari bekerja daripada berlakunya kejadian. Serahkan gambar yang jelas bagi keseluruhan resit (atas hingga bawah) dengan butiran yang disenaraikan seperti berikut:
- Nama bengkel pembersihan/stesen minyak
- Alamat lokasi bengkel pembersihan/stesen minyak
- Nombor perhubungan bengkel pembersihan/stesen minyak yang boleh dihubungi
- Nombor pendaftaran kenderaan rakan-pemandu
- Tarikh bayaran pembersihan dibuat
- Bil terperinci berdasarkan proses pembersihan yang dilaksanakan
- Cap syarikat yang mengandungi tandatangan wakil bengkel pembersihan/stesen minyak
Bagaimanakah saya boleh meminta untuk token pembersihan kendiri atau pembayaran balik untuk bayaran pembersihan?
Sila berbuat demikian melalui aplikasi Rakan-Pemandu Uber mengikuti langkah-langkah di bawah:
Walaupun kami berusaha untuk menunaikan semua permintaan, Uber akan membuat penentuan mengikut budi bicara berpandukan butiran yang telah diberi. Sebarang penyalahgunaan dan pelanggaran dasar boleh menghalang rakan-pemandu daripada menerima apa-apa pembayaran balik.
Soalan lazim
Posted by Uber Editor
Get a ride when you need one
Start earning in your city
Get a ride when you need one
Start earning in your city
Company