Ace kini kembali: Membantu anda mencapai pendapatan yang lebih konsisten
5 Januari 2018 / Kuala Lumpur
Click here for the English version
Disebabkan oleh sambutan yang hangat, kami kini membawa kembali Ace untuk fasa percubaan yang kedua. Baca terus untuk mengetahui perubahan yang telah kami lakukan untuk insentif ini.
Sebagai rakan-pemandu Ace, anda akan diberi ganjaran berdasarkan peringkat perjalanan. Ini akan memastikan pendapatan bersih yang dibawa pulang adalah stabil, tanpa tekanan tambang perjalanan dan insentif yang berubah-ubah. Peringkat tertinggi Ace memberikan pendapatan bersih sehingga RM2,040 seminggu.
Bagaimana Ace berfungsi
Top-up maksimum: 30% daripada pendapatan bersih mingguan
Peringkat Ace anda ditentukan setiap minggu berdasarkan jumlah perjalanan yang anda lengkapkan sepanjang minggu itu. Jika pendapatan bersih* anda untuk minggu itu adalah lebih rendah daripada yang dinyatakan untuk peringkat anda, kami akan memberikan top-up (tambahan) untuk perbezaannya atau 30% daripada pendapatan bersih mingguan anda, yang mana lebih rendah.
Senang sahaja—Tiada terma dan syarat rumit seperti kadar penerimaan dan keperluan penarafan minimum.
*Pendapatan bersih anda untuk setiap minggu dikira sebagai: Tambang Kasar – Bayaran Perkhidmatan Uber + Insentif Boost/Quest. Insentif rujukan dan tambang tol tidak diambil kira sebagai bahagian daripada pengiraan pendapatan bersih.
Contoh-contoh
Soalan lazim
- Siapakah layak untuk program ini?
- Berapa lamakah tempoh program percubaan yang kedua ini?
- Perjalanan manakah yang akan diambil kira sebahagian daripada keperluan perjalanan minimum mingguan?
- Adakah struktur program seperti yang dinyatakan dalam jadual di atas sama untuk setiap minggu?
- Apakah terma dan syarat yang lain?
Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi kami melalui sokongan telefon harian kami di 03-8408 1010 dari 9 pagi-6 petang.
Posted by Uber Editor
Get a ride when you need one
Start earning in your city
Get a ride when you need one
Start earning in your city
Company