
Sejak Uber dilancarkan, penumpang boleh meminta perjalanan pada bila-bila masa dengan mengetik butang. Ada penumpang yang menyatakan hasrat untuk mengatur perjalanan Uber lebih awal. Itulah sebabnya kami telah mencipta Perjalanan Berjadual.
Dengan hanya beberapa ketikan pada apl anda, Perjalanan Berjadual akan membolehkan anda menjadualkan perjalanan 15 minit hingga 30 hari lebih awal.
Ketahui lebih lanjut tentang Perjalanan Berjadual >
Cara menjadualkan perjalanan Uber anda terlebih dahulu:
- Ketik ikon kalendar di sebelah atas skrin anda
- Tetapkan tarikh, masa dan lokasi pengambilan serta destinasi anda
- Sahkan butiran perjalanan anda yang akan datang dan ketik “Jadualkan uberX”
- Kami akan menghantar peringatan kepada anda 24 jam dan 30 minit sebelum pengambilan anda dibuat. Anda akan dimaklumkan selepas pemandu anda sudah memulakan perjalanan untuk mengambil anda berserta dengan maklumat sama ada lonjakan harga dikenakan atau tidak
- Anda boleh membuat pembatalan pada bila-bila masa sebelum pemandu anda memulakan perjalanan
Adakah anda ingin tahu tentang kos perjalanan anda? Dapatkan anggaran tambang sekarang.
Posted by Julia
Category:
Get a ride when you need one
Start earning in your city
Get a ride when you need one
Start earning in your city
Company