
Tahun baru 2017 hampir tiba! Sama ada anda menyambutnya dengan menyaksikan persembahan bunga api atau pun di rumah rakan-rakan, Uber adalah cara paling selamat dan selesa untuk bergerak. Ikuti tip-tip di bawah untuk menikmati malam yang bebas tekanan.
BERPATUTAN
Pasti ramai yang akan keluar menyambut malam Tahun Baru nanti, kami menjangkakan tambang pasti akan naik sekitar jam 10 malam hingga 1 pagi berdasarkan permintaan yang tinggi. Berikut adalah tip-tip untuk perjalanan pada harga berpatutan.
Ketahui sebelum anda pergi
Bagi kebanyakan bandar, dengan kedatangan 2017, anda dapat anggarkan perbelanjaan tambang terlebih dahulu. Sebelum anda meminta Uber, tiada lagi kejutan menjelang Tahun Baru kerana anda dapat lihat jumlah kos perjalanan anda. Tambang akan berubah mengikut permintaan, maka jika ia berada di luar anggaran harga anda, semak semula untuk tambang lebih rendah.
Bahagikan tambang
Mulakan sambutan awal dengan berkongsi perjalanan Uber dengan rakan anda, dan anda juga boleh membahagikan tambang melalui aplikasi ini. Atau pun pilih uberPOOL jika ia boleh didapati di bandar anda, untuk berkongsi kos dengan penumpang lain yang menghala ke destinasi yang sama.
SELAMAT
Berikut adalah beberapa cara untuk memastikan sambutan Tahun Baru yang selamat dan menggembirakan untuk anda semua.
Sahkan pemandu anda
Suasana Tahun Baru pastinya amat sibuk, jadi pastikan anda naik kenderaan yang betul dengan pemandu yang betul. Semak dan pastikan model dan nombor plat kereta pemandu anda betul melalui aplikasi Uber sebelum menaikinya.
Kongsikan butiran perjalanan anda
Sama ada anda bergerak awal, lewat atau tepat pada masanya,kongsikan butiran perjalanan anda dengan keluarga dan rakan-rakan melalui aplikasi Uber.
Hubungi sokongan
Jika anda terjaga pada tahun 2017 dan sedar bahawa anda telah kehilangan barang pada tahun 2016, jangan risau. Anda boleh menghubungi pemandu anda terus melalui aplikasi untuk menjejaki barang tersebut. Hubungi atau layari Khidmat Bantuan kamiuntuk isu-isu lain.
SELESA
Lihat kenapa Uber menjadi pilihan yang cepat dan mudah untuk memastikan malam Tahun Baru anda berjalan lancar.
Perjalanan atas permintaan, setiap masa
Tidak kira waktu sambutan anda bermula atau berakhir, anda boleh dapatkan Uber atas permintaan untuk pergike mana jua destinasi anda.
Anda boleh meneruskan perjalanan tanpa tunai
Tiba ke destinasi sambutan Tahun Baru tanpa perlu mengeluarkan dompet.Di samping itu, anda juga boleh memilih untuk membayar tambang anda secara tunai jika anda rasa lebih selesa.
Itu saja! Selamat menyambut Tahun Baru dan bertemu lagi pada tahun hadapan.
Posted by Sarah Haydu
Get a ride when you need one
Start earning in your city
Get a ride when you need one
Start earning in your city
Company