
Dari hari Isnin, 13 Februari 2017, kami akan melancarkan kempen terbaru untuk menolong anda mendapat lebih banyak perjalanan untuk tempoh 2 minggu yang akan datang ini. Penumpang akan membayar RM0.99 untuk perjalanan di bawah jarak 4 km.
Kami bergantung kepada anda semua untuk memenuhi permintaan perjalanan yang akan meningkat semasa promosi ini, jadi mula memandu sekarang dan anda akan mula menjana pendapatan!
Kami memberi jaminan bahawa semua pendapatan anda tidak akan berubah, dan kami menjamin sekurang-kurangnya RM8 untuk semua perjalanan di sekitar kawasan Kuala Lumpur CBD*.
Contohnya, jika satu perjalanan yang bernilai RM4.33, penumpang akan hanya membayar RM0.99. Walau bagaimanapun, anda tetap akan mendapat tambang sebanyak RM4.33.
Beberapa perkara lain yang anda perlu ingat:
- Kempen ini sah untuk semua perjalanan tunai, dan pertambahan tambang akan dibayar dalam kitaran pembayaran minggu berikutnya. Semua penumpang telah diberitahu bahawa tambang perjalanan tunai akan dinaikkan ke ringgit yang terdekat (RM1).
- Tambang lonjakan (Surge) akan dikekalkan, dan anda akan menerima jumlah pendapatan lonjakan.
- Jika penumpang menukar lokasi apabila anda sedang melakukan perjalanan, tambang akan kembali berdasar kepada pengiraan mengikut masa dan jarak.
*Mengikut kawasan KL CBD seperti yang tertera di dalam peta melalui aplikasi Pemandu Uber
Posted by Farhana Marwan