
Di Uber, kami berusaha untuk menyediakan pengalaman yang terbaik kepada rakan pemandu dan penumpang di bandar di seluruh dunia. Kami faham bahawa ada masanya anda perlu menghubungi kami: mungkin anda tertinggal dompet di dalam kereta, anda mendapati kadar tambang adalah tidak betul atau terdapat pepijat dalam aplikasi. Apabila anda memerlukan bantuan, kami akan sentiasa bersedia untuk membantu.
Kami telah menyediakan rangkaian global bagi pusat bantuan untuk memberikan sokongan 24/7 kepada anda yang boleh dicapai dengan hanya menekan butang. Dengan sokongan dalam apl kami, anda boleh menghantar mesej sebelum, semasa atau selepas membuat perjalanan. Ingin bertanya tentang jaket anda yang hilang semasa membuat perjalanan pada waktu malam? Ingin menyemak penarafan anda? Ingin mengajukan pertanyaan tentang resit yang kelihatann seperti tidak betul? Anda cuma perlu ketik “Bantuan” dalam apl anda dan semua maklumat yang diperlukan akan dapat dicapai dengan serta-merta.
Tempat untuk mendapatkan bantuan dalam apl Uber:
- Buka apl anda dan ketik ikon menu di penjuru kiri sebelah atas
- Ketik pada ‘Bantuan’
- Pilih pilihan yang sesuai dengan isu anda untuk mencapai maklumat lanjut tentang cara mendapatkan bantuan yang diperlukan
Ingin mendapatkan bantuan melalui komputer anda dan bukannya melalui apl? Dapatkan bantuan di sini.
Posted by Sarah Haydu
Get a ride when you need one
Start earning in your city
Get a ride when you need one
Start earning in your city
Company