
Tanggapan pertama adalah penting dan anda boleh menghasilkan tanggapan pertama yang positif kepada penumpang dengan menanyakan beberapa soalan mudah di awal perjalanan. Anda tidak diwajibkan untuk bertanya soalan tersebut tetapi penumpang akan merasa dihargai kerana itu menunjukkan anda berusaha untuk menyediakan pengalaman perjalanan yang lebih selesa untuk mereka.
Soalan yang boleh diajukan kepada penumpang Uber
Adakah anda ada laluan yang lebih disukai? Sesetengah penumpang agak cerewet tentang cara untuk tiba di destinasi mereka. Mereka mungkin mahukan laluan yang terpantas, yang lebih jauh atau yang mempunyai pandangan yang lebih menarik. Pada permulaan perjalanan, anda boleh bertanya kepada penumpang jika ada laluan tertentu yang mereka sukai dan tetapkan GPS anda dengan sewajarnya. Adakah suhu ini sesuai untuk anda? Penumpang akan berasa lebih selesa jika tidak terlalu panas atau terlalu sejuk. Anda tidak boleh mengawal suhu di luar tetapi anda boleh melaraskan suhu sistem penyaman udara kereta anda. Pastikan anda bertanya kepada penumpang sekiranya mereka berasa selesa dengan suhu dalam kereta anda. Anda nak dengar lagu apa? Jika penumpang sedang dalam perjalanan untuk menghadiri temu duga pekerjaan, dia mungkin ingin mendengar muzik yang berbeza daripada yang biasa dipasang di disko. Muzik dapat mempengaruhi mood penumpang, jadi anda boleh bertanya jika mereka ingin mendengar stesen radio atau senarai main tertentu atau pun tidak ingin mendengar apa-apa muzik. Jika anda menyediakan alat penyesuai, pengguna boleh mengawal sendiri muzik terus daripada telefon mereka. Anda inginkan kudapan atau air? Anda tidak diwajibkan untuk menyediakan kudapan dan air di dalam kereta untuk penumpang, namun ramai rakan pemandu Uber yang menawarkan kudapan dan air kepada penumpang supaya perjalanan mereka menjadi lebih selesa dan menyeronokkan. Penumpang pasti akan sangat menghargai jika anda menawarkan mereka air pada hari yang sangat panas atau kudapan semasa mereka membuat perjalanan di waktu pagi. Apa khabar, ________ ? Barangkali ada penumpang yang akan sibuk menyemak peti masuk e-mel dan mesej teks mereka, tetapi ada juga yang suka jika anda bertanya khabar mereka. Jika anda mendapati penumpang seperti tidak mahu berbual, maka biarkanlah begitu. Selalunya orang suka jika namanya disebut, jadi apa salahnya jika anda menyebutkan nama mereka semasa bertanya khabar? Soalan ini akan membantu anda memperibadikan perjalanan untuk penumpang dan mungkin dapat membantu anda memperoleh penarafan lima bintang yang menjadi rebutan itu.
Posted by lexiperman
Get a ride when you need one
Start earning in your city
Get a ride when you need one
Start earning in your city
Company