Dapatkan peluang untuk memenangi sehingga RM8,888 melalui Cabutan Bertuah Uber Prosperity
8 Februari 2018 / Malaysia
Click here for the English version
Selama dua minggu musim perayaan Tahun Baharu Cina ini, kami memberikan peluang kepada rakan-pemandu di seluruh Malaysia untuk memenangi hadiah wang tunai bernilai sehingga RM8,888.
Setiap minggu mulai hari Isnin, 12 Februari 2018, kami akan memberikan hadiah wang tunai yang berikut kepada 319 rakan-pemandu bertuah:
Hadiah wang tunai | Jumlah pemenang setiap minggu |
RM8,888 | 3 |
RM888 | 28 |
RM88 | 288 |
Pemenang akan menerima hadiah wang tunai mereka melalui pembayaran mingguan biasa.
Bagaimanakah saya dapat mengambil bahagian dalam kempen ini?
Untuk mengambil bahagian, anda hanya perlu memandu. Bagi setiap 8 perjalanan yang anda lengkapkan, anda akan menerima 1 token dalam cabutan bertuah. Token yang menang akan dipilih secara rawak pada setiap minggu.
Mudah sahaja: Lebih banyak perjalanan yang anda lengkapkan, lebih banyak token yang anda peroleh dalam cabutan bertuah, sekali gus bermakna anda mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk menang.
Jika anda seorang rakan-pemandu yang belum pernah mengambil apa-apa perjalanan sebelum ini, anda bertuah. Lakukan perjalanan pertama anda dalam tempoh kempen dua minggu ini untuk menerima 1 token ekstra dalam cabutan bertuah.
Semua perjalanan yang dilengkapkan melalui uberX, uberFLASH, uberMANDARIN, uberXL, UberSELECT dan UberBLACK akan diambil kira dalam kempen ini. Jumlah keseluruhan perjalanan anda dikira mulai hari Isnin, 4 pagi hingga hari Isnin, 4 pagi minggu yang berikutnya.
Bagaimanakah saya akan dimaklumkan tentang bilangan token yang telah saya kumpulkan setakat ini?
Anda akan menerima notifikasi SMS atau push secara berkala setiap minggu yang akan memberitahu anda tentang perkembangan anda dan bilangan token yang telah anda kumpulkan setakat ini.
Anda juga boleh semak aplikasi anda untuk melihat bilangan perjalanan anda.
Token daripada minggu pertama tidak akan dibawa ke minggu kedua.
Bagaimanakah anda akan mengumumkan para pemenang?
Sila semak aplikasi anda setiap hari Selasa semasa tempoh kempen untuk mengetahui jika anda telah menang.
Minggu Pertama
- Tempoh cabutan bertuah:12 Februari, 4 pagi – 19 Februari, 4 pagi
- Pengumuman pemenang: 20 Februari
Minggu Kedua
- Tempoh cabutan bertuah: 19 Februari, 4 pagi – 26 Februari, 4 pagi
- Pengumuman pemenang: 27 Februari
Para pemenang pada minggu pertama masih layak untuk memenangi hadiah pada minggu kedua.
Selamat Tahun Baharu Cina daripada kami di Uber Malaysia! Semoga anda dilimpahi kemakmuran, kesejahteraan dan kejayaan yang berterusan pada tahun yang akan datang.
Posted by Uber Editor
Get a ride when you need one
Start earning in your city
Get a ride when you need one
Start earning in your city
Company