Langkau ke kandungan utama

Beritahu kami lokasi anda

Sila masukkan nama bandar terdekat anda untuk membantu kami memaparkan maklumat yang betul untuk kawasan anda

uberPOOL

Bersama-sama kita berjimat

uberPOOL memadankan anda dengan penumpang yang menuju ke arah yang sama. Jadi anda boleh berkongsi perjalanan dan kos dengan mereka.

  • Perjalanan dari pintu ke pintu yang mampu dibayar
  • Berkongsi kereta bersama orang lain dengan kereta sedan yang selesa
  • Terhad kepada 2 tempat duduk bagi setiap permintaan

Cara uberPOOL berfungsi

1

Minta

Buka apl Uber dan masukkan destinasi anda dalam kotak Ke mana. Ketik pilihan perjalanan uberPOOL di bahagian bawah skrin anda. Kemudian, ketik Sahkan uberPOOL. Anda boleh meminta uberPOOL untuk 1 atau 2 orang sahaja.

Anda akan melihat masa hingga pemandu anda tiba, serta tetingkap masa yang dianggarkan untuk sampai ke destinasi anda.

2

Lakukan perjalanan

Lihat peta dalam apl Uber semasa berjalan kaki ke tempat pengambilan. Sila bersedia di susur jalan sebelum pemandu anda tiba untuk memastikan pemandu dan penumpang bersama anda tidak perlu menunggu lama.

Kami akan memadankan kereta anda dengan penumpang lain yang menuju ke arah yang sama dengan anda. Beginilah cara kami dapat menawarkan harga yang rendah kepada anda. Jadi jangkakan pengambilan dan/atau penghantaran tambahan sepanjang perjalanan anda.

3

Keluar

Keluar sahaja dari kereta setelah tiba di destinasi. Kami akan mengecaj tambang kepada kaedah pembayaran anda yang terdapat dalam rekod kami secara automatik. Selepas perjalanan tamat, jika perjalanan anda bertaraf 5 bintang, pertimbangkan untuk memberikan tip kepada pemandu menggunakan apl.

Apakah yang berbeza tentang uberPOOL?

Pengambilan sepanjang perjalanan

Kami akan mencari penumpang di sepanjang laluan anda untuk memenuhkan tempat duduk yang kosong. Sapa penumpang bersama anda dengan senyuman—mereka membantu anda menjimatkan wang.

Lebih lama sedikit

Dengan penumpang tambahan, masa yang diambil untuk sampai ke destinasi anda mungkin lebih lama sedikit, tetapi anda sentiasa dapat melihat anggaran masa ketibaan dalam apl. Jika anda tidak banyak masa, cubalah uberX.

Tewaskan pemandu dan tiba dahulu di tempat pengambilan

Jika anda mengatur masa perjalanan anda dengan betul, uberPOOL pasti tidak mengecewakan. Sila bersedia di susur jalan sebelum pemandu anda tiba untuk memastikan pemandu dan penumpang bersama anda tidak perlu menunggu lama.

Tetapkan pendirian

Sebaik sahaja perjalanan uberPOOL anda bermula, destinasi anda akan ditetapkan dan dikunci. Perkara ini membantu kami mencari penumpang lain dan memilih laluan yang terbaik untuk diambil.

Dua orang bagi setiap kumpulan

Anda boleh melakukan perjalanan uberPOOL bersama rakan, tetapi jika anda membawa lebih daripada 2 orang atau banyak barang, sebaik-baiknya minta uberX atau uberXL.

Soalan Lazim

Perkara yang boleh dijangkakan sepanjang perjalanan

  • Adakah terdapat ruang untuk bagasi saya?

    Perkara ini bergantung pada ruang di dalam kereta dan bilangan penumpang. Jika anda membawa banyak barang, kami mengesyorkan supaya anda mencuba uberX.

  • Bagaimanakah jika saya membawa lebih daripada 2 orang?

    Selamat berparti! uberPOOL hanya membenarkan 2 orang bagi setiap permintaan tetapi anda boleh menggunakan uberX atau uberXL untuk kumpulan yang lebih besar.

  • Berapa lamakah masa yang diambil untuk mengambil penumpang lain?

    Secara purata, jika anda melakukan perjalanan dengan uberPOOL, tempoh perjalanan keseluruhan anda hanya bertambah beberapa minit. Kami akan sentiasa menunjukkan anggaran masa ketibaan anda dalam apl semasa anda melakukan perjalanan.

  • Saya penumpang pertama yang diambil. Mengapakah saya penumpang kedua yang diturunkan?

    Urutan pengambilan dan penghantaran ditentukan oleh kedudukan destinasi anda di sepanjang laluan, bukan berdasarkan urutan pengambilan penumpang.

  • Adakah terdapat had bagi jumlah orang yang akan diambil pada perjalanan saya?

    Penumpang boleh naik dan turun sepanjang perjalanan anda. Apabila semua tempat duduk sudah penuh, kami akan berhenti mencari penumpang tambahan. Kami juga akan berhenti mencari penumpang tambahan untuk memastikan anda tiba tepat pada masa ketibaan yang dianggarkan.

  • Bagaimanakah jika penumpang bersama menyebabkan kami melencong dari laluan asal?

    Walaupun sesetengah pengambilan dan penghantaran mungkin terkeluar sedikit dari laluan asal, kami sentiasa berusaha sedaya upaya untuk memastikan anda tiba sebelum atau tepat pada masa yang ditunjukkan dalam apl.

Bersedia untuk melakukan perjalanan dengan uberPOOL?

Daftar sekarang

uberX

Perjalanan harian yang mampu dibayar

uberXL

SUV mampu dibayar untuk kumpulan seramai 6 orang

UberSUV

SUV mewah untuk kumpulan seramai 6 orang

UberBLACK

Perjalanan mewah dengan pemandu profesional

UberSELECT

Perjalanan mewah pada harga yang mampu dibayar

uberWAV

Perjalanan yang mampu dibayar dengan kenderaan mesra kerusi roda