Langkau ke kandungan utama

Beritahu kami lokasi anda

Sila masukkan nama bandar terdekat anda untuk membantu kami memaparkan maklumat yang betul untuk kawasan anda

Keselamatan dan keyakinan semasa memandu

Komitmen kami kepada pemandu

Uber berdedikasi untuk menjamin keselamatan anda di jalan raya. Teknologi kami membolehkan kami menumpukan perhatian pada keselamatan pemandu seperti anda sebelum, semasa dan selepas setiap perjalanan.

Sebelum perjalanan

Mengambil penumpang

Tiada pengambilan tanpa nama

Semua penumpang mesti mencipta akaun dan memberikan nama serta nombor telefon sebelum mereka boleh meminta perjalanan. Jadi apabila anda menerima permintaan, anda akan mengetahui identiti orang yang anda ambil dan begitu juga kami.

Nombor telefon gantian

Di banyak lokasi di seluruh dunia, Uber menggunakan teknologi yang menjadikan nombor telefon penumpang dan pemandu tanpa nama untuk memastikan butiran hubungan dirahsiakan. Jadi apabila anda dan pemandu anda perlu menghubungi satu sama lain, maklumat peribadi anda akan kekal dirahsiakan.

Dalam perjalanan

Menuju ke destinasi

Navigasi dalam apl

Apabila penumpang memasukkan destinasi mereka, anda akan menerima arahan selekoh demi selekoh dalam apl secara automatik supaya anda boleh menumpukan perhatian pada pemanduan untuk sampai ke sana dengan selamat.

Sentiasa ditunjukkan pada peta

Data GPS dilog bagi setiap perjalanan supaya kami tahu penumpang anda dan tempat yang anda tuju. Perkara ini mendorong kebertanggungjawaban dan menggalakkan tingkah laku yang baik.

Selepas perjalanan

Sentiasa memperbaik pengalaman Uber

Tiada wang baki, tiada kerumitan

Tambang akan dicaj secara automatik kepada kaedah pembayaran penumpang yang terdapat dalam rekod kami. Jadi bagi kebanyakan perjalanan, anda boleh mengelakkan penggunaan wang tunai sama sekali. Akan tetapi jika penumpang membayar secara tunai, apl akan mengeluarkan kredit secara automatik supaya anda tidak perlu memberikan wang baki.

Maklum balas pemandu

Anda menarafkan penumpang anda selepas setiap perjalanan. Kami akan menyemak penarafan tersebut untuk memastikan setiap orang yang anda ambil bersikap menghormati sama seperti anda. Penumpang yang dilaporkan melanggar terma perkhidmatan kami mungkin akan dihalang daripada menggunakan Uber.

Sokongan 24/7

Pasukan sokongan kami sentiasa bersedia untuk menjawab sebarang soalan yang mungkin ingin anda ajukan tentang pengalaman pemanduan anda.

"Saya berasa yakin bahawa saya melakukan sesuatu yang baik apabila saya tahu saya membantu dalam memastikan keselamatan penumpang dan pemandu lain yang memandu di jalan raya."
Christine
Pemandu dari Pittsburgh*

Sentiasa bersedia untuk anda

Keselamatan tidak pernah leka

Tindak balas pantas

Pasukan tindak balas insiden kami yang dilatih khas bersedia sepanjang masa untuk menangani sebarang kebimbangan keselamatan serius yang timbul.

Membantu penguatkuasaan undang-undang

Sekiranya penguat kuasa undang-undang tempatan mengeluarkan waran yang sah kepada kami, kami akan memberi mereka data yang berguna untuk membantu siasatan mereka.

Pandu dengan selamat dengan Uber

Daftar untuk memandu