Langkau ke kandungan utama

Beritahu kami lokasi anda

Sila masukkan nama bandar terdekat anda untuk membantu kami memaparkan maklumat yang betul untuk kawasan anda

Keperluan Pemandu

Cara untuk memandu dengan Uber

Uber adalah cara yang baik untuk menjadi bos anda sendiri dan menjana wang tunai tambahan. Kebanyakan orang layak untuk memandu dengan Uber- ini adalah apa yang anda perlu tahu.

Keperluan minima

Kebanyakan orang boleh memandu dengan Uber, walaupun anda tidak mempunyai kereta atau permit komersial. Keperluan berbeza mengikut bandar, tetapi terdapat beberapa keperluan minimum:

  • Anda mestilah berumur sekurang-kurangnya 21 tahun
  • Mempunyai Lesen Memandu Kompeten
  • Tiada rekod jenayah

Dokumen yang diperlukan

Sebelum anda memandu, muat naikkan dokumen di bawah. Jika anda ingin menggunakan kereta anda sendiri, anda juga perlu menyediakan insurans.

  • Lesen Memandu Kompeten
  • MyKad
  • Nota Perlindungan Insurans (untuk kereta sendiri)

Pemeriksaan pemandu

Selepas mendaftar, kami akan menyemak rekod memandu dan latar belakang anda.

Keperluan kenderaan

Semenanjung Malaysia

  • Tidak melebihi usia 10 tahun

Apabila peraturan e-hailing dikuatkuasakan, kenderaan yang dibenarkan di platform Uber tidak boleh melebihi usia 7 tahun. Ketahui lebih lanjut di sini.

Malaysia Timur

  • Tidak melebihi usia 10 tahun

Mula Memandu

Ia mudah untuk bermula

1

Daftar online

Beritahu kami sedikit tentang anda dan kereta anda, jika ada.

2

Kongsi dokumen

Kami akan memerlukan salinan lesen memandu anda dan maklumat untuk saringan. Anda juga boleh menandatangani perjanjian anda dalam talian dan tambah kenderaan ke akaun anda.

3

Aktifkan akaun anda

Bawa kereta anda ke pusat pengaktifan terdekat, atau sertai 'Fleet' dan pandu menggunakan kenderaan mereka. Keperluan berbeza mengikut bandar, jadi daftar untuk melihat maklumat lanjut.

Maklumat lanjut

Keperluan kenderaan tempatan

Selain daripada keperluan minimum di atas, setiap bandar mempunyai peraturan sendiri untuk kenderaan. Daftar dalam talian untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Daftar sekarang

Bersedia untuk menjana wang?

Langkah pertama adalah untuk mendaftar.

Daftar untuk Memandu