Langkau ke kandungan utama

Beritahu kami lokasi anda

Sila masukkan nama bandar terdekat anda untuk membantu kami memaparkan maklumat yang betul untuk kawasan anda

Mengutamakan pemandu
Pengalaman yang dibina berdasarkan keperluan anda

Dengan Uber, kawalan terletak di tangan anda. Apl untuk pemandu direka dengan ciri yang membantu anda menentukan cara, tempat dan masa anda ingin menjana pendapatan.

Pendapatan
Dapatkan yang terbaik daripada pemanduan

Ikuti pendapatan anda

Anda akan melihat tambang sebenar selepas setiap perjalanan dan mendapat laporan terperinci pendapatan mingguan, jadi anda tahu jumlah sebenar pendapatan anda dan sama ada matlamat anda telah dicapai.

Kawasan tumpuan yang menguntungkan

Pastikan anda berada di tempat yang betul pada masa yang betul dengan berpandukan peta langsung yang menunjukkan kawasan tempat penumpang sangat memerlukan pemandu.

Minimumkan masa henti

Biasanya apl pemandu akan menghantar permintaan perjalanan baharu apabila anda menghampiri destinasi penumpang untuk membantu anda memanfaatkan sepenuhnya masa anda memandu.

Wang apabila anda memerlukannya

Di Uber, bayaran dibuat secara elektronik. Dengan menyediakan butiran akaun perbankan, anda akan menerima bayaran secara mingguan. Anda boleh mengakses penyata pendapatan pada bila-bila masa dengan melayari papan pemuka rakan Uber anda.

Kemudahan
Biar apl yang menunjukkan jalan

Navigasi selekoh demi selekoh

Apl ini memudahkan anda mencari jalan. Dapatkan arahan selekoh demi selekoh ke lokasi pengambilan dan destinasi penumpang supaya seluruh perhatian anda hanya ditumpukan pada jalan di hadapan.

Hentian rehat yang mudah

Peta menunjukkan stesen minyak yang terdekat dengan harga terendah dan juga tandas awam apabila anda perlu berehat.

Komunikasi
Maklum balas untuk kejayaan

Ikuti perkembangan terkini

Dapatkan kemas kini tersuai tentang acara dan promosi setempat di bandar anda serta petua tentang cara menyampaikan pengalaman Uber yang terbaik.

Komen penumpang

Gunakan bahagian penarafan untuk mengetahui perkara yang disukai penumpang tentang perjalanan 5 bintang mereka dan ketahui sebab penumpang memberikan penarafan yang rendah supaya anda boleh menentukan cara untuk menyesuaikan perkhidmatan anda.

Daftar
Daftar

Pandu dengan Uber dan jana pendapatan mengikut syarat anda sendiri.


Telah mendaftar?

Jemput rakan anda untuk mencuba Uber dan anda akan mendapat pendapatan tambahan apabila mereka mula memandu.

Jemput rakan