Langkau ke kandungan utama

Beritahu kami lokasi anda

Sila masukkan nama bandar terdekat anda untuk membantu kami memaparkan maklumat yang betul untuk kawasan anda

Perkara yang kami tawarkan

Menukar cara orang boleh meminta perjalanan dan pergi dari titik A ke titik B hanyalah satu permulaan.

Akses kepada perjalanan, atas permintaan

Memberi penumpang dan pemandu kuasa untuk pergi ke tempat yang ingin dituju

Daripada pilihan navigasi yang jelas hinggalah bayaran tanpa tunai, apl ini direka untuk membantu orang ramai menuju ke destinasi mereka.

Menghantar makanan dengan cepat

UBER EATS

Dapatkan makanan kegemaran anda yang dihantar ke muka pintu

Buat pesanan daripada restoran kegemaran anda, sama ada melalui laman web atau apl. Restoran akan menyediakan pesanan anda dan rakan penghantaran Uber yang berdekatan akan menghantar pesanan itu ke muka pintu anda.

RAKAN RESTORAN

Menghantar makanan kepada pelanggan anda dengan pantas

Uber Eats memberikan kesan sebenar kepada perniagaan restoran anda. Apabila makanan anda ditampilkan dalam apl, pelanggan baharu boleh menemui makanan anda itu manakala pelanggan setia boleh menikmati makanan itu dengan lebih kerap. Rakan penghantaran yang menggunakan apl Uber menghantar makanan dengan cepat sambil mengekalkan kualiti makanan sebaik mungkin.

Membantu perniagaan maju ke hadapan

UBER FREIGHT

Penghantaran yang fleksibel pada bila-bila masa

Uber Freight ialah apl percuma yang memadankan pembawa dengan penghantar. Penghantar hanya perlu mengetik butang untuk menempah muatan yang ingin dibawa. Berkat harga hadapan, pembawa sentiasa tahu jumlah bayaran yang akan diterima.

UBER UNTUK PERNIAGAAN

Memudahkan pergerakan perniagaan anda

Sama ada perjalanan untuk pekerja atau pengangkutan untuk pelanggan, Uber untuk Perniagaan memberi anda cara yang mudah untuk mengurus keperluan pengangkutan anda. Produk yang dibina untuk kerja ini menawarkan pandangan yang jelas tentang aktiviti perjalanan pekerja dengan sistem pengebilan, pengurusan perbelanjaan dan pelaporan automatik.

Mengubah masa depan teknologi pengangkutan autonomi

ADVANCED TECHNOLOGIES GROUP

Jalan menuju ke kenderaan swapandu

Pasukan inovatif ini berdedikasi untuk membina teknologi swapandu yang selamat, boleh diharap dan berkesan dari segi kos. Dengan pasukan di Detroit, Pittsburgh, San Francisco, Tempe dan Toronto, kumpulan ini membawa masuk kereta dan trak barangan angkut swapandu ke rangkaian Uber.

UBER ELEVATE

Masa depan pengangkutan udara bandar

Uber Elevate telah pun menerokai halangan yang kami perlu atasi untuk merealisasikan pengangkutan udara harian. Misi Uber Elevate adalah membuat perubahan yang meluas kepada kehidupan kita—seperti perjalanan harian yang lebih cepat, keadaan lalu lintas yang kurang sesak dan udara yang lebih bersih.

Menjadikan penjagaan kesihatan lebih mudah diakses

UBER HEALTH

Perjalanan yang boleh diharap dan selesa untuk pesakit

Kami telah bekerjasama dengan organisasi penjagaan kesihatan untuk menyediakan pilihan penjadualan perjalanan yang fleksibel untuk pesakit, penjaga dan kakitangan. Profesional penjagaan kesihatan boleh menjadualkan perjalanan pergi dan balik dari pusat penjagaan kesihatan untuk pesakit dan penjaga, semuanya daripada satu papan pemuka sahaja.

Penawaran terkini kami

Uber Bike

Gunakan apl Uber anda untuk menyewa basikal bantuan elektrik yang mudah digunakan yang disediakan oleh JUMP. Uber Bike boleh didapati di San Francisco dan Washington, DC pada masa ini.