Langkau ke kandungan utama

Beritahu kami lokasi anda

Sila masukkan nama bandar terdekat anda untuk membantu kami memaparkan maklumat yang betul untuk kawasan anda

Cara Uber berfungsi

Teknologi pengangkutan atas permintaan merupakan perkhidmatan teras kami dan apl yang menghubungkan rakan pemandu dengan penumpang inilah yang menjadikan semua ini mungkin. Begini cara ini berfungsi, langkah demi langkah:

LANGKAH 1

Penumpang membuka apl

Penumpang memasukkan destinasi mereka dalam kotak Ke mana? di bahagian atas skrin; mengetik setiap pilihan perjalanan untuk melihat masa menunggu, saiz kereta dan harga; kemudian mengesahkan lokasi pengambilan mereka dan mengetik Minta.

LANGKAH 2

Penumpang dipadankan dengan pemandu

Pemandu berdekatan melihat dan memilih untuk menerima permintaan perjalanan penumpang. Penumpang dimaklumkan secara automatik apabila kenderaan pemandu berada kira-kira seminit dari situ.

LANGKAH 3

Pemandu mengambil penumpang

Pemandu dan penumpang mengesahkan nama masing-masing dan destinasi. Kemudian pemandu memulakan perjalanan.

LANGKAH 4

Pemandu membawa penumpang ke destinasi

Apl akan memberi pemandu pilihan untuk mengakses arahan selekoh demi selekoh, jadi pemandu boleh menumpukan perhatian pada pemanduan dan penumpang boleh menumpukan perhatian dalam menikmati perjalanan yang selesa.

LANGKAH 5

Pemandu dan penumpang memberikan penarafan dan ulasan

Pada akhir setiap perjalanan, pemandu dan penumpang boleh menarafkan satu sama lain dengan memilih daripada 1 hingga 5 bintang. Penumpang juga boleh memberi pemandu pujian dan menambahkan tip untuk menunjukkan penghargaan mereka.

Daftarlah hari ini

Bersedia untuk mengalami sendiri Uber? Lakukan perjalanan pertama anda sebagai penumpang atau mulalah memandu untuk menjana pendapatan.

Apl Penumpang

Pergilah ke tempat yang hendak dituju dengan mudah dan yakin dengan hanya menekan butang. Pilih pilihan perjalanan yang paling sesuai dengan keperluan anda.

Apl Pemandu

Dengan Uber, kawalan terletak di tangan anda. Apl untuk pemandu direka dengan pelbagai ciri yang memberi anda kuasa untuk menentukan cara, tempat dan masa anda menjana pendapatan.