Langkau ke kandungan utama

Beritahu kami lokasi anda

Sila masukkan nama bandar terdekat anda untuk membantu kami memaparkan maklumat yang betul untuk kawasan anda

Tentang Kami

Kami memicu peluang dengan menggerakkan dunia

Ada hal baik yang terjadi saat orang-orang dapat bergerak, menjelajahi kota, atau menggapai impian mereka. Peluang ada, terbuka, dan menjadi nyata. Dimulai dengan sentuhan tombol untuk melakukan perjalanan, inilah momen saat miliaran manusia terhubung ketika orang-orang di seluruh dunia menuju berbagai tempat dengan beragam cara dan bantuan teknologi kami.

Penawaran

Perjalanan dan lebih daripada itu

Selain membantu anda untuk pergi dari titik A ke titik B, kami berusaha untuk membawa masa depan lebih hampir dengan teknologi swapandu serta pengangkutan udara bandar, membantu orang ramai memesan makanan dengan cepat pada harga yang berpatutan, menghapuskan rintangan kepada penjagaan kesihatan, mencipta penyelesaian penempahan barangan angkut baharu dan membantu syarikat menyediakan pengalaman perjalanan pekerja yang lancar.

Perjalanan selamat, bandar lebih selamat

Sama ada anda penumpang mahupun pemandu, keselamatan anda amat penting. Kami komited untuk menjalankan tanggungjawab kami dan teknologi merupakan teras bagi pendekatan kami. Kami bekerjasama dengan penyokong keselamatan dan membangunkan teknologi serta sistem baharu untuk membantu dalam mewujudkan dunia tempat orang ramai dapat pergi ke sana sini dengan selamat dan mudah.

Maklumat syarikat

Kepimpinan di Uber

Mereka yang memandu Uber

Pengangkutan bukan satu-satunya perkara yang kami ubah melalui teknologi kami. Di Uber, kami turut membina budaya yang menekankan ‘lakukan perkara yang betul untuk penumpang, pemandu dan pekerja tanpa sebarang alasan’. Ketahui lebih lanjut tentang pasukan yang menerajui usaha ini.

Kepelbagaian di Uber

Mewujudkan kepelbagaian sebenar

Sudah menjadi matlamat kami untuk mewujudkan tempat kerja yang merangkumi semua orang dan menggambarkan kepelbagaian di bandar tempat kami beroperasi, tempat setiap orang boleh menjadi diri mereka sendiri dan tempat keunikan tersebut diraikan sebagai kekuatan. Dengan mewujudkan persekitaran tempat orang daripada setiap latar belakang boleh berkembang maju, kami akan menjadikan Uber syarikat yang lebih baik—untuk pekerja dan pelanggan kami.

Kerjaya

Anda ada dorongan. Kami ada peluang.